? ??????????????Time For Love? ????? ?? ???Rating: 4.3 (88 Ratings)??29 Grabs Today. 30163 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Spring? ????? ?? ???Rating: 4.7 (17 Ratings)??27 Grabs Today. 16838 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Digital Disto BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, June 21, 2009

terkini...JIM

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan yang telah menciptakan semua makhluk serta mentadbirnya. Selawat serta salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad saw seisi keluarga serta para sahabat baginda.
Hampir 85 tahun zaman pemerintahan khilafah jatuh dan tersungkur dimata dunia. Satu demi satu ancaman serta wabak musuh islam telah mula menusuk di dalam kehidupan dan pemikiran umat islam, sehingga akhirnya umat islam kian mundur, kian mudah diperkotak-katikkan oleh pihak musuh. Beberapa persoalan bermain di minda kita, apakah kita mahu terus melihat ancaman kotor musuh-musuh islam ini terus menjatuhkan kita? Apakah kita tidak mahu berusaha untuk merubah dunia? Sedikit muqaddimah yang seharusnya difikirkan oleh semua umat islam seantero dunia.
Alhamdulillah, pada 5-7 jun yang lalu, TPSM JIM dengan kerjasama Akademi Islah & JKPRB telah menganjurkan program Nasional JIM iaitu program PERKASA 09. Program Perkhemahan Nasional ini diadakan khas untuk pemimpin belia JIM yang berumur di bawah 35 tahun. Seramai 45 orang belia lelaki dan 40 orang belia wanita dari kalangan ahli dan pimpinan JIM telah mendaftarkan diri. Program selama 3 hari 2 malam itu telah berjaya diadakan mengikut objektif yang telah disasarkan. Setelah melalui program ini secara penuh, akhirnya dapatlah diringkaskan tips-tips untuk para pemimpin belia yang mahu mengubah dunia, kita huraokan tips-tips ini melalui perkataan PERKASA.
Huruf P dalam PERKASA ini dapat diterjemahkan kepada pemimpin, pengurusan, pengetahuan dan proaktif. 4 perkara ini adalah penting di dalam proses untuk merubah dunia, kita perlukan pemimpin yang mantap dan memenuhi kriteria seperti pemimpin agung dunia iaitu Nabi Muhammad saw. Kita juga memerlukan pengurusan yang baik, pengetahuan yang meluas serta perlu senantiasa proaktif ketika ingin mahu berhadapan dengan musuh-musuh islam demi merubah dunia.
Huruf E di dalam PERKASA pula ialah erat dan efektif. Erat atau lebih sinonim dengan ukhwah merupakan asas di dalam mana-mana perkara. Melalui ukhwah yang intim, semua perkara akan lebih mudah diuruskan. Selain itu, kerja yang efektif juga perlu disemai di dalam usaha untuk menyelamatkan dunia ini.
Seterusnya ialah huruf R iaitu raancang dan rileks. Setiap sesuatu yang ingin kita lakukan perlulah dirancang dengan baik dan teliti, penggunaan Plan Do Check Action ( PDCA ) di dalam perancangan adalah satu langkah yang bijak dan efektif. Disamping itu, para pemimpin juga adakalanya perlu rileks, rileks yang dimaksudkan di sini ialah dengan kita tidak panik ketika diserang musuh serta tidak terburu-buru di dalam membuat sesuatu keputusan.
Seterusnya ialah huruf K iaitu kompeten, kemahiran, komunikasi dan komitmen. Sebagai seorang pemimpin yang akan mngubah dunia, kita seharusnya mampu bersaing ( kompeten ) dengan pihak musuh serta memerlukan kemahiran-kemahiran yang luar biasa dan mengikut keperluan semasa. Selain itu, kita juga perlu mempunyai komunikasi yang jelas sesama kita dan memastikan setiap dari kita ini mempunyai komitmen yang tinggi untuk melaksanakannya , bukan sekadar omong-omong kosong.
Huruf seterusnya ialah A iaitu amanah serta “ alert “. Sebagai seorang pemimpin islam , sifat amanah merupakan sifat asas di dalam kehidupan, pemimpin yang tidak amanah tergolong di dalam mereka yang digelar munafik. Kita juga perlu senantiasa “alert” dengan apa jua situasi dan keadaan. Sikap menjangkakaan sesuatu yang diluaar jangkaan penting agar kita sentiasa bersedia dengan dengan apa jua serangan yang akan menimpa kita.
Huruf seterusnya ialah S iaitu sihat, syura & sabar. Sudah semestinya, sebagai seorang mujahid, kesihatan tubuh badan, mental dan ruhani perlulah dijaga dengan baik. Pemakanan yang seimbang, senaman yang konsisten serta pengambilan makanan tambahan perlulah diambil berat. Selain itu, konsep syura adalah satu perkara yang amat penting tatkala mahu membuat dan melaksanaakan sesuatu keputusan, keputusan yang dibuat melalui syura adalah lebih barakah berbanding dengan keputusan yang dibuat secarai individu yang barangkaali akan mengundang permasalaahan. Sebagai seorang pemimpin yang mendapat tarbiyah islam, sifat sabar seharusnya menjadi sebahagian dari kehidupan kita, adalah lebih baik jika kita mampu menjadi seperti apa yang Allah swt katakana “al-hilm “, yakni penyantun. Di dalam keadaan yang kita boleh untuk memarahi seseorang itu sekalipun, kita tetap bersabar dan memaafkannya serta terus berlapang dada.
Huruf yang terakhir ialah A iaitu al-quran dan as-sunnah yang menjadi panduan di dalam merancang serta melaksanakan sesuatu perkara. Kedua-dua sumber syariat ini merupakan sumber yang terbaik dan yang paling boleh dipercayai. Setiap perkara yang tidak dirujuk dengan kedua-dua sumber ini, ditakuti akan mencemarkan titis-titis perjuangan kita kelak.
Begitulah serba sedikit ulasan yang dapat disimpulkan sepanjang melalui program PERKASA ini. Diharapkan, impian kita untuk merubah dunia akan dapat terus direncanakan dengan baik dan saksaama. Semoga apa yang telah disimpulkan di atas boleh menjadi sebahagian daripada metod dan uslub kepada kita untuk mengubah dunia.
Kepada semua pemimpin belia JIM, ayuh kita tanamkan dalam hati kita, tingkatkan amal kita, perbanyakkan ilmu pengetahuan kita.
Syabab!!! Yes! Yes! Yes! Change The World !!!

Thursday, June 18, 2009

sEdaR taK sEdar..=(

Kiamat dah makin hampir..:((
Untuk para sahabat ku sekalian alam!
Kiamat Kian Hampir..
1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
~ Dh jd dh
2) Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." Sahih Muslim
~ Dh nmpk dh. Kt tmn, kt sungai, dlm kete, kt umah, Kt bdr, ceruk kg. Sume hader
3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan luka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" - Ibnu Majah
~ S'pore Idol, M'sian Idol, AF, Audition, AIM, AJL, Bintang RTM, Anugerah tu anugerah ni
4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" Riwayat Nasai.
~ Mmg dh nmpk dh. Masjid canggih, besar. Tapi makmumnyer bley dibilang dgn jari
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ Hader anak x mengaku hader mak/ayah sbb malu. Hader yg putus silaturahhim sbb lain² parti

pErisTiwa bEsar DalaM al-QurAn..~

APABILA ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, tampil menerangkan kejadian runtuhan World Trade
Center (WTC), New York pada 11 September 2001 sudah dibayangkan al-Quran, penduduk dunia, termasuk umat Islam sendiri berasa takjub. Ini kerana tiada siapa pun termasuk perisik Amerika Syarikat sendiri gagal menjangka pesawat akan digunakan sebagai 'senjata' bagi meruntuhkan bangunan lambang kemegahan negara berkenaan.
Mengikut kajian Dr Zaghlul, runtuhan WTC turut mencatatkan sejarah hitam bagi Amerika seola-olah digambarkan menerusi ayat ke 110 Surah at-Taubah dalam al-Quran. Ayat itu bermaksud: “Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu sudah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” Kajian mendapati beberapa fakta mengenai kejadian runtuhan WTC mempunyai kaitan dengan ayat berkenaan antaranya bangunan WTC setinggi 110 tingkat dan peristiwa itu berlaku pada bulan kesembilan Masihi (September) manakala ayat al-Quran berkenaan adalah ayat ke- 110 dari surah kesembilan (at-Taubah).
Persamaan lain, ia berlaku pada 11 haribulan manakala ayat berkenaan berada dalam juzuk ke-11 dan peristiwa berlaku pada 2001 manakala huruf terakhir ayat adalah huruf ke- 2001. Penjelasan Dr Zaghlul itu meyakinkan umat Islam bahawa isi kandungan al-Quran benar-benar
memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan manusia secara jelas atau memerlukan kajian
mendalam. Hal itu diakui Allah menerusi firman-Nya: “Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah.”
(Surah Yunus, ayat pertama).
Ayat lain daripada surah al-Hijr, juga ayat pertama bermaksud: “(Surah) ini adalah (sebahagian
daripada) ayat-ayat al-Kitab (yang sempurna) iaitu (ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan.” Malah, misteri yang terkandung dalam ayat al-Quran membuktikan kitab suci dan mukjizat terbesar dikurniakan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w itu bukanlah rekaan manusia. Sebaliknya, penemuan itu seharusnya menambahkan keimanan umat Islam bahawa ayat al-Quran datang daripada Allah s.w.t sepertimana firmannya dalam surah as-Syu'araa', ayat ke-192: “Dan sesungguhnya al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam.” Ayat lain menunjukkan bahawa al-Quran diturunkan Allah menerusi ayat pertama dari surah al-Qadr iaitu: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar.” Peristiwa runtuhan bangunan WTC tiga tahun lalu bukanlah gambaran pertama al-Quran mengenai sesuatu peristiwa yang bakal terjadi pada masa akan datang. Sebaliknya, kitab suci itu dikatakan sudah menggambarkan mengenai kebangkitan kembali bangsa Rumawi selepas dikalahkan bangsa Persia dalam peperangan pada tahun 614. Selepas berakhirnya peperangan berkenaan, turunlah ayat pertama hingga keempat dari surah ar- Rum menyatakan bangsa Rumawi akan kembali menang dalam tempoh beberapa tahun. Kemenangan bangsa Rumawi terhadap bangsa Persia itu kemudiannya benar-benar terjadi kira-kira lapan tahun kemudian seperti yang diramalkan al-Quran. Selain gambaran mengenai peristiwa yang bakal berlaku pada masa akan datang, kajian isi kandungan al-Quran juga menunjukkan yang kitab suci itu mengandungi pelbagai ilmu yang melampaui zaman ia diturunkan.
Ini kerana pada zaman al-Quran diturunkan iaitu pada abad keenam, masih belum ada kajian sains mengenai alam semula jadi yang dilakukan menyebabkan masyarakat masih belum mengetahui mengenai ilmu sains dan teknologi. Kajian mengenai pelbagai rahsia alam bermula kira-kira abad ke-19 dan ketika itulah didapati bahawa segala fakta sains yang ditemui adalah selaras dengan maklumat asas daripada al-Quran.
Antara fakta sains yang ditemui dan terdapat dalam al-Quran adalah semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al- An'aam: 125).
Fakta lain adalah semua makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mu'minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa': 32). Selain itu, kajian lain yang dijalankan bagi mencari keajaiban al-Quran mendapati bahawa jumlah
sesetengah perkataan berbahasa Arab di dalam kitab itu adalah saling berlawanan. Antara perkataan berkenaan adalah; dunia yang disebut sebanyak 115 kali manakala akhirat yang turut disebut sebanyak 115 kali, malaikat dan syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50 kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali) serta lelaki dan perempuan (24 kali). Perkataan lain adalah ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon perlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali), bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali). Golongan muslimin dan jihad (41 kali), orang yang sesat dan meninggal dunia (17 kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali), nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18 kali). Jumlah perkataan lain dianggap ajaib dijumpai adalah solat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dan daratan (13 kali). Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus bersamaan dengan jumlah
sebenar kawasan laut dan darat yang terdapat di dunia ketika ini iaitu 71.111 peratus dan 28.889
peratus.
Misteri dan rahsia yang terkandung dalam al-Quran seharusnya meyakinkan umat Islam bahawa agama Islam adalah agama yang benar selaras dengan rukun iman ketiga iaitu beriman terhadap kitab-kitab Allah.

Tuesday, June 16, 2009

AMALAN SURAH-SURAH PILIHAN

SURAH AL-FATIHAH

FADHILAT
Mendapat pahala seperti membaca sepertiga
Memohon sesuatu hajat yg baik kpd Allah swt,baca 41 kali setiap hari,waktunya di antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh.

SURAH AL-KAHFI

FADHILAT
Sesiapa yang menghafaz 10 ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi,maka akan terhindar daripada fitnah Al-Dajjal
Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi,maka jadilah baginya cahaya drpd kepala hingga kakinya dan keseluruhannya.maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.
Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat,maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat.


SURAH AL-SAJDAH

FADHILAT
Adalah nabi SAW tidak tidur sehingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk.


SURAH YASIIN

FADHILAT
Sesiapa yang membaca Yaasiin pada waktu malam,maka akan diampun keesokkannya.Dan sesiapa yang membaca “Haamim Al-Dukhan” nescaya akan diampunkan baginya esoknya.
Sesiapa yang membca Yaasiin pada waktu malam untuk mendapat keredhaanNya,maka akan diberi keampunan baginya.
Apabila dibaca Yaasiin ke atas mayat,maka diringankan Allah baginya (sakaratulmaut)


SURAH AL-DUKHAN

FADHILAT
Sesiapa yang membaca surah “Haamim Al-Dukhan” pada waktu malam,maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya.



SURAH AL-WAQIAH

FADHILAT
Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah,tidak akan jadi miskin selama-lamanya.
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata,Abu Bakar Al-Siddiq berkata: Wahai Rasulullah,sesungguhnya tuan berambut putih(kelihatan tua).Maka Nabi SAW bersabda,”saya berambut putih kerana surah-surah Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Iza Syamsu kuwwirat.


SURAH AL-MULK

FADHILAT
Dari Anas Ibnu Malik berkata: Nabi SAW telah bersbda: “Sesunggunhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dunia dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali “Tabarakal Lazi”.Maka apabila ddimasukkan ke dalam lubang kubur,datanglah kepadanya melaikat.Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu.”sesungguhnya kamu daripada kitab Allah,sesungguhnya saya tidak boleh menyusahkan kamu dan kepada dia,dan kepada saya kemudharatn atau kemanfaatanSesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat
Kepada dia(si mati),jadi pergilah menemui Allah SWT dan mintalah shafaat daripadaNya.Maka surah itu pun menemui Allah SWt.Dan berkata:”Wahai Tuhanku,Si fulan ini(simati),dia pilih saya dlam kitbmu dan pelajari saya dan dia membaca saya,bolehkah wahai Allah,Engkau membakarnya dan menyeksanya walhal saya di dalam dadanya.Maka jika Engkau ingin bebbuat demikian,jadipadamlah saya dari kitabmu.Dan Allah berfirman: “Aku nampak kamu marah.” Dia menjawab(surah) : “sesungguhnya saya marah.Allah SWT telah berfirman: “Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya.”


ASMA UL-HUSNA

FADHILAT
Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama.sesiapa yang menghafalnya akan dimasukkan ke dalan syurga dan sabda beliau lagi sesiapa yang dalam duka dan rungsing lalu berdoa seperti di atas maka Allah SWT akan menghapus duka dan rungsing dan digantikan dengan kegembiraan.

DOA ASMAUL HUSNA
Ya Allah,sesungguhnya aku hambamu dan anak hambamu dan anak hamba perempuanmu,uburku dalam gemggamanmu.Perintahmu telah lau atas diriku dan Engkau maha adil dalam Qada’Mu
Saya memohon kepadaMu dengan segala namaMu yang untuk engkau berikan atau Engkau turunkan didalam kitabMu atau Engkau mengajar sesiapa makhlukMu atau Engkau yang sembunyikan ilmu Ghaib dalam pengetahuanmu disisiMu supaya jadikan Quran penyejuk hatiku dan penerang dadaku serta menghapuskan duka dalam diriku.


DOA ISTIKHARAH

“Ya Allah,sesungguhnya aku meminta petunjuk yang baik dari Mu dengan ilmuMu,aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu.Aku meminta dariMu kelebihanMu yang banyak,maka sesungguhnya Engkau berkuasa,aku tidak berkuasa,Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara Ghaib.Ya Allah,jika engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku,duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku,jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datag,maka elakkannya dariku dan elakkan diriku darinya,tentukanlah kebaikan untukku dimana sahaja aku berada.Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu.”