? ??????????????Time For Love? ????? ?? ???Rating: 4.3 (88 Ratings)??29 Grabs Today. 30163 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Spring? ????? ?? ???Rating: 4.7 (17 Ratings)??27 Grabs Today. 16838 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Digital Disto BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, October 23, 2009

:: si Comel Konvo ::


Namenya Irfan...kenakalan yang tidak terhingga..al maklum baru 5 tahun..pantang nampak microphone...poning guru dibuatnye..hmm..irfan..irfan...


Yang ni? Ynag belah kanan ni,,yg baju merah ni...haa..dia bersajak..mak oiii..dia punye denyutan jantung tuuu..laju sanagt...takut nye dia..gementar,.,tp tgk muka cool je..gtu lah sayang...name dia Fahmi...yang baju biru sebelah kiri pulak..yang tu...nama nya danial..hmmdia mengaji...yang ni pulak x sabar sabar nak mengaji....nak naik..nak naik....sabar je lah....tapi..dak2 ni senang ckit nak kawal..al maklum dh masuk 6 tahun....yang tengah2? xde....dia duk antar fahmi ngan daniel je...=)

Haa..ni lah daknye...gambar dekat...=) DANIEL..comel kan... pewaris generasi..



Ni kanak-kanak pra sekolah IGPM KPM..maaf la coz x dapat tunjuk yang ramai2 tu..x sempat nak ambik gambar...


"MasyaAllah..ape dah jadi ngan anak aku..."guraua seorang ustaz, pensyarah IPGM KPM apabila meliahat perubahan anaknya....hehehe..sabar ye ustaz..nak uat cam mane..bukan ana yang solekkan...klu x..ana x uat gtu..hehe.... haa...nk promote...klu nk tgk blog ustaz tu..bukela...
http://www.angkasanuri.blogspot.com

menarikk!!try la...


Ni je yang ana dapat ambik daripada majlis tu..ade lagi..tapi yang ni mungkin sudah cukup untuk tatapan sahabat-sahabat ana...sebenarnye..anan just nk tunjuk pewaris generasi kita...mereka umpama kain putih..kitalah yang mencoraknya..klu cantik coraknya..cantiklah mereka...jika sebaliknya..maka...sebaliknya yang terjadi...anak-anak adalah amanah Ilahi kepada kita...tanggungjawab kita mendidik mereka menjadi yang terbaik...Allah xkan sia2kan hambanya yang berusaha....berusahalah...dan yakinlah...demi sebuah negara Islam....

:: Konvokesyen Kanak-Kanak Prasekolah IPGM KPM ::

Penatnya, hanya Tuhan yang tahu..pertama kali menyediakan persiapan untuk majlis yang boleh dikatakan agak besar la..Majlis Konvo dak dak pra..hmmeven pra pun...grand gak la...cantik..walaupun banyak kelemahan, kami tetap berpuas hati ngan hasil yang telah kami dapat..hmm...macam2 rase ade..suka ..duka.apenat..lelah...suma la...pape pun..syukur sangat kat DIA sebab bagi diriku secebis kekuatan untuk diriku dan para sahabat untuk terus berjuang dan membantu guru-guru prasekolah yang lain.....ALHAMDULILLAH



tema kami 1 Malaysia...ni kolom bagi menunjukkan rakyat India...cantik kan?nampak je kecik tapi nak uat ni...banyak tenaga yang kami perlukan..ni kolam dalam kolaj...hehehe...nak balajar?



Sebagai tanda kenang-kenangan...


Ni lah kami punye interdesigner..bakat ade....cantik dia uat..malangnye..dia xde mse acara berlangsung...


pintu masuk...


Dak2 kelas yang sentiasa bertungkus lumus untuk yang terbaik..!!tahniah



Persiapan fokus kepada pentas utama...semua pmpn...kan?pelik x?hehe


Ni baru separuh siap....


Segalanya berjalan lancar..alhadulillah...perselisihan faham sikit2 tu..biasela..adat...=)

:: MeeTing::

Antara kenangan....


Barisan AJK JIM Terengganu yang baru untuk sesi 2009-2011.

Duduk dari kiri : Masita Abdullah, Khatijah Atan, Yong Rafidah Salleh, Zameram Jusoh, Khairudin Mohamad, Fakhrul Anuar Zulkawi, Abas Sahat, Abdul Aziz Abdullah (Pengerusi Tetap) dan Norfizam Said

Berdiri dari kiri : Muzahar Hitam, Zulkifli Ali, Ahmad Sabri Mohd Yazid, Mohd Sufian Mat Ali, Ahmad Ibrahim Mohamad (Timb. Pengerusi Tetap) dan Ammar Shamsudin



Bakal YB kita...

Dr. Zulfakar dengan YDP

Dr. Zulfakar dengan mantan YDP

Pelaporan setiausaha JIM

Wednesday, October 21, 2009

:: Hakikat disebalik Tudung ::

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri...tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah...didepan pintu sudah ramai orang...hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah...saya lihat ibu menangis...saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri....disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata).

Annisa : Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "Makcik..wajah makcik sangat muda dan cantik".

Isteri jiranku : Alhamdulillah. .sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa : Tapi makcik kan dah ada anak enam..tapi masih kelihatan cantik ??

Isteri jiranku : Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat makcik bagaimana ?

Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa : Apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Nisa...ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "Buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

Wassalam...

:: Dunia Akhir Zaman ::

Banyak berlaku di zaman ini
Manusia jauh dari Robnya
Tiada terasa tiada dirasa
ujian terus melanda manusia

Manusia menginginkan syurga
Tapi ia menuju neraka
Ia tahu syaitan musuh nyata
Tapi ia jadikan kawan hidup

Sedarlah kawan kita didunia
Sebentar saja tiada kekal
Tiada abadi hidup di dunia
Pasti berakhir

Bila ajal datang tak bisa dihindar
Pangkat dan harta takkan dibawa
Sahabat karib tak bisa menolong
Bahkan yang ada akan ditinggalkan

Bersedialah kita semua
Berbekal kita dengan amal sholeh
Segera bertaubat kepada Allah
Sebelum mentari tak terbit lagi

Tuesday, October 13, 2009

::Majlis Hari Raya JIM Terengganu dan PIBG SRISMI Al Amin Kemaman ::

Majlis Hari Raya JIM Terengganu dan PIBG SRISMI Al Amin Kemaman berlangsung dengan meriahnya selepas berakhirnya MPN. Majlis bermula pada jam 1.30 tengah hari dan berakhir sekitar jam 4 petang. Syonoknyer!!


Antara juadah yang disediakan...laksa pinang..ketupat...rendang...kuih dan muih...
Enaknya akhawat menjamu selera...=) jemput..jemput....jangan segan...

Amboi cik adik ngan cik abang... cedapnye makan...nak cikit boleh...=)



ambik..ambik...janagn segan..jangan malu..beratur ye...tak habis makanan tu...makan..makan..=)


Wah...seri majlis ditamabah dengan persembahan nasyid daripada anak didik al amin...




Dah habis dah....kenangan tetap kenangan....=)



Wednesday, October 7, 2009

:: dosa yang lebih besar daripada berzina ::


Pada suatu senja yang lenggang,terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musaa.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam.Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya.Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut."Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.
Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina". Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi Musa menyedari,orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umatyang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105)
Orang-Orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka.Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram.(Ar-Rad:28)

:: menggapai kebahagiaan ::

Suatu ketika, di tepian telaga kelihatan seorg pemuda sedg duduk termenung.Tatapan matanya kosong, menatap hamparan air di depannya. Seluruh penjuru mata angin tlh di laluinya, namun tdk ada satupun titik yg mmbuatnya puas. Kekosongan makin senyap, sampai ada suara yg menyapanya.
"Sedang apa kau di sini wahai anak muda?" tanya seseorg. Rupanya ada seorg lelaki tua.
"Apa yg kau risaukan..?" Anak muda itu menoleh ke samping,
"Aku lelah Pak Tua. Tlh berbatu-batu jarak yg ku tempuh utk mncari kebhgiaan,namun tak jg ku temukn rasa itu dlm diriku. Aku tlh brlari melalui gunung & lembah, tp tdk ada tnda kebahgiaan yg hadir dlm diriku.Ke mana kah aku harus mencarinya? Bilakah akan ku temukan rasa itu?"Lelaki tua itu ddk semakin dekat, mndngarkn dngn penuh prhatian. Dipndgnya wajah lelah di depannya.Lalu,dia mulai brkata,
"Di dpn sana,ada sebuah taman. Jika kamu ingin jawapan dr prtanyaan mu,tangkaplah seekor kupu-kupu buatku. Mereka berpandangan.
"Ya... tangkplah seekor kupu-kupu buatku dengan tanganmu" Pak Tua mengulangi kalimahnya lagi.Perlahan.... pemuda itu bangkit. Lgkahnya menuju satu arah, taman. Tdk berapa lama, ditemuinya taman itu. Taman yg semarak dngn pohon &bunga-bunga yang sedang mekar. Maka tidak hairanlah, banyak kupu-kupu yg berterbangan di sana. Dari kejauhan Pak Tua melihat, memperhatikan tingkah yg diperbuat pemuda yang sedg gelisah itu.Anak muda itu mulai bergerak. Dengan mengendap - ngendap, ditujunyasebuah sasaran. Perlahan. Namun, Hap! sasaran itu luput. Dikejarnya kupu-kupu itu ke arah lain. Dia tdk ingin kehilangan buruan. Namun lagi-lagi gagal. Hap!. Dia gagal. Dia mulai berlari tak beraturan.Diterjangnya sana-sini. Dirempuhnya rerumputan & tnamn utk mendptkn kupu2 itu.Diterobosnya semak & perdu di sana.Gerakannya semakin liar. Adegan itu terus berlangsung, namun blm ada satu kupu-kupu yg dpt ditangkap. Si pemuda mulai kelelahan. Nafasnya semakin kencang, dadanya bergerak naik-turun dngn cepat. Sampai akhirnya ada teriakan,
"Hentikan dulu anak muda. Istirehatlah."Tampak Pak Tua yang berjalan perlahan. Ada sekumpulan kupu-kupuyg berterbangan di sisi kanan dan kiri Pak Tua. Mereka terbang berkeliling sesekali hinggap di tubuh tua itu."Begitukah caramu mengejar kebahagiaan? Berlari & menerjang? Merempuh-rempuh tak tentu arah, menerobos tanpa peduli apa yg kau rosak?"Pak Tua menatap pemuda itu.
"Nak, mencari kebahagiaan itu seperti menangkap kupu-kupu. Semakin kau terjang, semakin ia akan menghindar. Semakin kau buru, semakin pula ia pergi dari dirimu. Namun, tangkaplah kupu-kupu itu dalam hatimu. Kerana kebahagiaan itu bukan benda yang dapat kau genggam, atau sesuatu yang dapat kau simpan. Carilah kebahagiaan itu dalam hatimu. Telusuri rasa itu dlm kalbumu. Ia tak akan lari ke mana2.Bahkan, tanpa kau sedari kebahagiaan itu sering datang sendiri."Pak Tua mengangkat tangannya. Hap, tiba-tiba, tampak seekor kupu - kupu yang hinggap di hujung jari. Terlihat kepak2 sayap kupu-kupu itu,memancarkan keindahan ciptaan Tuhan.Pesonanya begitu mengkagumkan, kelopak sayap yang mengalun perlahan, layaknya kebahagiaan yang hadir dalam hati.Warnanya begitu indah, seindah kebhgiaan bg mereka yg mampu menyelaminya.
"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tmbhkanlah ilmuku & luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku & mudahkanlah urusanku""Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar,maka bererti kamu sudah membuka aib saudara



Buat tatapan diriku dan semua......
Kalau kamu letakkan pedang yang terhunus di leherku,sewaktu aku menyampaikan perintah Allah dan Rasulnya,aku akan terus berbicara,sekalipun pedangmu itu aakan memutuskan leherku.-Abi Zar Al Gifary-
Sejahat-jahat Dusta Iaitu Apabila Seseorang Mengaku Kedua Matanya Melihat Apa Yang Tidak Di Lihatnya" - Riwayat Bukhari
Jika berada di antara 2 hal yg buruk jgn pilih keduanya dan jika berada di antara 2 hal yg baik pilih keduanya - Ali Syari`ati
Barang Siapa Memaafkan Ketika Ia Berkuasa Membalasnya Nescaya Allah Memaafkannya Pada Hari Kiamat" - Riwayat At-Tabrani
Barangsiapa yg byk perkataanya,nescaya banyaklah silapnya, barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiap yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya. (Riwayat Abu Naim)
Jangan bertengkar perihal yg remeh, kerana walaupun menang kita tak dapat keuntungan..(Aboebakar Atjeh)
Syukur itu melihat yang memberi nikmat, bukan melihat nikmatNya...."Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,mengalirlah air mata kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap.."Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubatTakutlah kamu sekalian terhadap kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu merupakan kegelapan pada hari kiamat.Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya ,kemanjaannya,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.every man die but not every man really live.Hati yg tenang mengingati Allah ialah hati yg tiada tung untuk menangisi kelukaan yg dihiris manusia.Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya JIKA kamu org2 yg beriman.-al-imran-139.
Seperti halnya setiap helai benang emas itu berharga begitulah minit dari waktu kita -imam al-Ghazali.Rupa paras bukan tanda kejujuran utk dinilaikan, sebaliknya pandanglah hati kerana dari hati datangnya keikhlasan.tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yg berdosa yg tidk mempunyai masa depan.ikhlaslah menjadi driri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.kekayaan bukan lah satu dosa dan kecantikan bukan lah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memilih kedua2nya maka jgnlah anda lupa pada yg Maha Berkuasa.'org yg bergaul dengan manusia kemudia dia bersabar atas caciannya maka baginya lebih besar pahalanya dibandingkan dengan mereka yg tidak bergaul dgn manusia lainnya dan tidak sabar atas cacian yg menimpa' (riwayat muslim)

Ayah meninggal pada 5/8/2002.. 3.25pm. Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan.

Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka.... pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus..pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis. Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya...... ini adalah kali pertama aku melihat kematian....masih terbayang....abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat. Sejam sebelum kematian ....sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat...dah selera makan. Pastu abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah. Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah.Pertama kali naik van jenazah, pertama kali buat sijil kematian, pertama kali tak tidur 2 hari, pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirus air mawar...semuanya pertama kali. Dan pertama kali juga takkan jumpa abah lagi. Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula.Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam... aku dan abang mengangkat jenazahnya...........dan mengebumikannya. hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong...... setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang. Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang pendiam...... sabar.. dan alim.... Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya. Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa berterus terang.... seringkali tidur di peha.

Kelmarin aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak anak nya. Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta. Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6..... abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya. Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......Abah catat Kak Se keguguran..... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua bila baca dairi tue.... Abah sayang anaknya.....tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja. Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang". Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu fikir aku bukan anak yang baik. Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur" ... abah gariskan perkataan ingat kubur.... dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka.Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung... bawak berjalan...... cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama. Kini semuanya tiada. YaALLAH....aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan...tanpa Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya... abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang aru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah. Tok Imam ada cakap kat kami...."kubur ayah dikorek...pastu ditanam... tanahnya masih penuh kat tepi....terlebih tandanya seorang yang pemurah.... sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup tanah." "abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal" "Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...perkara itulah menyedapkan hati kami.... untuk jadi seperti abah.... Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis.... "Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu"......... Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun.... Ya Allah. sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku .... Talkin buat abah masih segar... "Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar" dan kita yang hidup akan pergi juga....Lelaki berat tanggungjawabnya.... suami menanggung dosa isteri dan anak-anak.....isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama. Cuma aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah..Mak juga seorang yang dan solehah....saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al -Mizan.. Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah. Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....jadikan iktibar..... cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir. Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung...

Sunday, October 4, 2009

:: peliknya saudaraku ::

Peliknya saudaraku....
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi .Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.


Peliknya saudaraku....
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia. Air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?


Peliknya umatku....
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.


Peliknya umatku....
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano. Sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian Idol, namun, tak ramai yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.


Peliknya umatku....
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan.. sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburansedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit cuma.


Peliknya umatku....
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.


Peliknya umatku.... setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorakramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12 ,saat ygditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..takramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid



Peliknya umatku....
setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentangbangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.

:: untukmu bernama wanita ::

Istimewa Buat Yang Bernama Wanita
Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji...


Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka...
Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa...


Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji...
Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih...


Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu...
Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian...


Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman...
Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan tuhan


Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan...
Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenagan...

Saturday, October 3, 2009

:: renungan untuk sahabat ::

Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih.
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah ,Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput ?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat.
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara.
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.
Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan.
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi.
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak di bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan.
Justeru bila Dia menyeru ,sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk , itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat.
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.
Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"Jalan kemenangan akhirat dan dunia.
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri , kad kredit dan kereta
Kondominium ,saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

:: perkara yang Allah sembunyikan ::

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yangpanjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."Lalu Allah swt berfirman yangbermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt, dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, makaAllah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembahaku dengan ibadah yangbersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,namanyaMuhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu,sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana merekamengerjakan solat atas perintahKu,sedangkan kamu mengerjakan solat bukan !atas perintahKu."Kemudian Jibrail as berkata:
"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkankepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepadaAllah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarakperjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah! berteduh dibawah bayangan sebuah pohon dan diaberkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"Kemudian Allah swt berfirman yangbermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidaka kan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikankepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang merekakerjakan....
"Marilah sama2 kita fikirkan dan berusahalakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikanredha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikanmurka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikannama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan(tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

::berkat sayang kan kucing::

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya. Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi. Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap. Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu. Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah. Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar. Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah. Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni. Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.
Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat
yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..
Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia. Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu. Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.
Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin.